Selamat Datang

Sabtu, 28 Januari 2012

MeNtaRi PaGi.....

Salam.....

pagi2 ni nak ckp pasal matahari plak....alasan mudah je....baru hari ni 
matahari dapat menyinarkan cahayanya yg sungguh indah lagi menawan itu....
maklumlah dah bape hari hujan je kan....ashik nampak keadaan yg suram je.....
awan pun nampak bersih dan cantik warnanya yg asli.....
dlm beberapa hari ashik tgk warna gelap2 je kan......
bila dpt rasa cahaya yg menyentuh diri sngt bersyukur......
ni semua kehendak yg maha Esa....






cete pasal Matahari ini skrg riuh ngan isu ape 2 lupe lak?????
ha taufan matahari kan.....
semoga kita semua selamat la dari sebarang bencana hasil taufan matahari.....
banyak anyak tol dgr pasl benda ni......


skrg mari tgk sedikit info ttg matahari 
(Sumber Wikipedia Bahasa Melayu)

Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.
Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.
Gambar sinar-X matahari
Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radiotelevisyen danradar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.
Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu daninframerah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tak Kan Nak Tgk Jeee....Klik La k.......