Kali ini admin nak kongsi plak pasal telefon bimbit.
klu semua nak tahu Sony Ericsson(SE) telah memperkenalkan rangkaian produk telefon bimbit pintar.
SE memperkenalkan model terkini Xperia NXT (disebut sebagai Next)
perkara ini diumumkan dalam satu acara Mobile World Congress di Barcelona. terdapat beberapa model iaitu Xperia S, Xperia P dan Xperia U
reka bentuk kini lebih segar dan sokongan teknologi hiburan.
Model Xperia S, ia dilengkapi paparan skrin resolusi tinggi (HD) dengan teknologi Sony HD dan pemproses dua teras 1.5 GHz beserta kamera 12 megapiksel.
Bagi penggemar permainan video pula, gajet ini tersedia bersama aplikasi permainan konsol PlayStation Store.
Sementara Xperia P pula hadir bersama sokongan paparan skrin berkecerahan tinggi yang mengaplikasikan teknologi WhiteMagic.
Binaan rangka luarnya yang diperbuat daripada material aluminium menjadikan model berkenaan kelihatan cukup elegan.
Melihat spesifikasi Xperia U, ia disempurnakan dengan keupayaan hiburan maksimum bersama rekaan kompak dan ringkas.
Xperia S bakal memasuki pasaran dunia menjelang suku pertama tahun 2012 sementara Xperia U dan P akan menemui pengguna pada suku kedua tahun ini.
untuk lebih lanjut boleh baca akhbar utusan malaysia.
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0312&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan