Salam semua.....
semalam dah tgk telur tiruan hari ni kite cete plak telur dalam telur??????
senang je maksudnya mcm ni..... telur ayam dan dalam telur tu ade lg telur ayam yg lebih kecil..... dikhabarkan kejadian ini berlaku d Bukit Raya (x tau negeri mane)....... nak tau lebih lanjut kita tgk cerita ni di sinarharian k......
Ha Ni la gambar telur tu...pelik kan tp benar ni semua berlaku....terpulang sama ada anda nak percaya atau tidak huhuhuhuhu....... ni sy sertakan kenyataan sinar harian ttg kejadian ini nak lebih lanjut baca la sinar haraian k.....terima kasih 2 sinar harian..........
BUKIT RAYA - Seorang peniaga kedai makan di Kampung Bukit Raya Dalam terkejut mendapati sebiji telur ayam dipecahkan mempunyai sebiji lagi telur ayam sebesar duit syiling 50 sen ketika menyediakan hidangan kepada pelanggan, malam kelmarin.
Fairul Rizal Abd Ramli, 29, berkata, dia membeli sebanyak 30 biji telur gred E di sebuah kedai runcit di situ.
“Saya mengambil telur itu dan terus memecahkannya untuk menyediakan hidangan telur mata kepada pelanggan namun terkejut setelah mendapati sebiji telur lagi jatuh ke dalam kuali dan saya menyangka ia adalah telur merah yang beku.
“Telur itu mempunyai telur putih dan merah serta ditambah dengan sebiji lagi telur di dalamnya,” katanya.
Fairul Rizal berkata, kejadian itu pertama kali berlaku sejak empat bulan berniaga di situ dan dia akan terus menyimpan telur bersaiz wang syiling 50 sen itu kerana ingin melihat keadaan telur itu.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/telur-ayam-dalam-telur-1.30296
Tiada ulasan:
Catat Ulasan